nabalunews
Jari kanak-kanak tersepit pada tombol pintu
17 November 2024
TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira
sejam selepas jari manis kanannya tersangkut pada tombol pintu, di rumahnya di Jalan Bukit Kawa Apas, Balung di sini, hari ini.
Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana jari kanak-kanak itu tersekat pada tombol pintu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemisin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.05 petang.
Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota dari BBP Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer dari balai.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, dimana jari manis sebelah kanan tersekat dalam tombol pintu.
"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas cutter untuk membuka tombol pintu tersebut. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi bomba, ditamatkan jam 8.07 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Comments