top of page
nabalunews

JBPM tingkat kesiapsiagaan hadapi musim tengkujuh, fokus 4,619 lokasi hotspot banjir

4 November 2024


KANGAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh tahun ini dengan memberi tumpuan pada 4,619 hotspot banjir yang dikenal pasti di seluruh negara.


Ketua Pengarah JBPM, Datuk TS. Nor Hisham Mohammad, memaklumkan bahawa walaupun data Pusat Ramalan menunjukkan pengurangan lokasi banjir berbanding tahun lalu, persiapan rapi tetap diutamakan.


Sebagai langkah awal, JBPM akan mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Pusat Gerakan Operasi mengikut keperluan situasi banjir.


“Monsun Timur Laut akan sampai pada 5 haribulan November, sebagaimana dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Hisyam,” ujar Nor Hisham.


“Bomba telah mengambil langkah awal termasuk mengadakan beberapa tindakan bagi kita menghadapi bencana ini,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Integriti JBPM di sini.

留言


bottom of page