Jelajah GRS Zon 6 pada 23 Januari ini di Dataran Keningau
13 January 2025
Oleh Wartawan Nabalu News
KENINGAU: Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Zon 6 akan diadakan pada 23 Januari ini di padang bandaran Keningau yang kini di kenali sebagai Dataran Keningau.
Pengerusi GRS Zon 6 Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, tetamu utama dalam program ini adalah Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.
Katanya, pelbagai acara akan diadakan sempena program ini seperti pameran agensi-agensi kerajaan yang bertujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat melalui peranan agensi masing-masing.
Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian semasa memberi mukadimah pada mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelakana program tersebut di
PXC Event Space Pexoholic Cafe, Bandar Baru Keningau di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, jelajah ini dijangka akan dihadiri oleh lebih 5,000 orang terdiri daripada ahli-ahli parti komponen GRS di Zon 6.
Jelasnya, Zon 6 merangkumi Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan yang mempunyai lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tambunan, Bingkor, Liawan, Kemabong, Melalap, Tulid, Sook dan Nabawan.
Jeffrey kemudian melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik sebagai Pengerusi Pelaksana program.
Semasa mempengerusikan mesyuarat itu Robert berkata, semua ADUN di kawasan DUN Zon menjadi Timbalan Pengerusi Pelaksana.
Katanya, setiap pemimpin parti-parti komponen GRS di kawasan terlibat memainkan peranan bagi memastikan program berjalan lancar.
Bagi memeriahkan lagi program tersebut, beberapa artis tempatan akan dijemput sebagai penghibur.
Katanya, antara artis yang sudah mengesahkan hadir adalah Datuk Francis Landong, Rosario Bianis dan Alister Leonard Alai.
"Selain itu katanya, beberapa etnik di suku kaum yang terdapat di Zon 6 ini akan membuat persembahan kebudayaan masing-masing" katanya.
Tambahnya, sebagai pengisian sebelum program berlangsung jualan Rahmah dam Tamu Rakyat akan diadakan.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang, ADUN Sook Datuk Ellron Angin, ADUN Tulid Datuk Flovia Ng dan pemimpin-pemimpin Parti Komponen GRS Zon 6.
Comments