top of page
nabalunews

JKDB penting dalam membangunkan masyarakat setempat



11 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) perlu terus memainkan peranan untuk memastikan penyertaan penduduk dalam pembangunan komuniti setempat serta merancang dan melaksanakan program-program kemasyarakatan.


Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata JKDB menjadi penghubung antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan untuk memacu kemajuan di kawasan mereka.


Frankie berkata demikian dalam amanatnya di majlis penyerahan sijil pelantikan kepada dua pengerusi JKDB Rancangan Rumah Murah Sim-Sim dan Jalan Singapura, Sandakan yang baharu pada majlis ringkas yang diadakan disini hari ini.


Sijil pelantikan berkenaan masing-masing disampaikan kepada Pengerusi JKDB Jalan Singapura, Lam Tze Lik dan Pengerusi JKDB Rancangan Rumah Murah Sim-Sim, Chung Sin Khen.


Frankie berkata, kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan baharu ini juga adalah satu amanah yang besar.


Justeru, beliau berharap pengerusi JKDB yang baru dilantik itu akan sentiasa proaktif dalam mendengar serta menyelesaikan permasalahan rakyat dan terus memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memastikan kesejahteraan penduduk sentiasa terjaga dengan baik.

Comments


bottom of page