top of page
nabalunews

JKDM Komited perangi rasuah

9 November 2024


KOTA KINABALU: Persidangan Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Se-Malaysia 2024 di Genting Highlands pada 7 dan 8 November lalu

menampilkan agenda utama iaitu Ikrar Bebas Rasuah (IBR), yang disaksikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai komitmen JKDM dalam memerangi rasuah.


Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata pengisian persidangan itu merangkumi forum dan pembentangan kertas kerja oleh ahli panel daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM, JKDM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaan budaya integriti dalam penguatkuasaan undang-undang.


"Sebagai Agensi Pemungut Hasil Negara, menyediakan fasilitasi perdagangan dan menguatkuasakan undang-undang, JKDM kekal komited untuk memastikan integriti menjadi teras dalam setiap aspek perkhidmatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya.


Beliau berkata warga JKDM akan terus diperkasa dalam menghadapi cabaran serta meningkatkan ketelusan demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terus terjamin.


Di Kota Kinabalu, JKDM Zon Sabah telah turut serta dalam sesi Ikrar bebas rasuah secara dalam talian sempena persidangan Integriti JKDM Se-Malaysia 2024.


Sesi ikrar bebas rasuah ini diketuai Oleh Mohd Asri Seman Pengarah Kastam Negeri Pahang dan dihadiri secara maya oleh Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Daisun Saibeh @ Edward serta Timbalan -Timbalan Pengarah Kastam Operasi, Ketua - ketua kastam dan pegawai-pegawai JKDM Zon Sabah.

Comments


bottom of page