top of page

Joao Pedro Dipinjamkan ke Ho Chi Minh City FC

nabalunews


16 Februari 2025


KOTA KINABALU: Penyerang import, Joao Pedro Boeira Duarte memilih untuk meninggalkan pasukan Sabah FC dan menyertai Ho Chi Minh City FC serta-merta.


Keputusan penyerang Brazil berkenaan dibimbangi sedikit sebanyak menjejaskan persediaan pasukan Sabah FC menjelang pertemuan dengan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam ini.


Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid, berkata pihak pengurusan akur dengan pilihan penyerang dari Brazil itu selepas dia tetap dengan keputusannya.


Katanya, Joao Pedro menerima tawaran untuk menyertai kelab Ho Chi Minh City di Vietnam secara pinjaman.


“Pihak pengurusan Sabah FC sudah memujuk Pedro supaya kekal bersama Sang Badak, namun pemain terbabit tetap mahu berpindah ke Vietnam.


“Sabah FC hari ini mengumumkan bahawa penyerang import dari Brazil, Joao Pedro Boeira Duarte akan menyertai Ho Chi Minh City FC sebagai pemain pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mohd Joh berkata, Sabah FC bersetuju untuk melepaskan beliau selepas perbincangan dengan Ketua Jurulatih dan team kejurulatihan pasukan.


“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joao Pedro atas sumbangannya kepada Sabah FC. Kami mendoakan yang terbaik buat beliau dalam kariernya di Ho Chi Minh City FC,” katanya.


Mengikut rekod, Jao Pedro mula menyatung jersi Sabah FC sejak 15 Ogos lalu melalui jendela perpindahan kedua musim 2024 / 2025.


Kontrak pemain berusia 24 tahun itu sepatutnya berakhir pada 30 April depan selepas menggantikan rakan senegaranya, Ramon Machado de Macedo yang menamatkan kontrak lebih awal bersama Sabah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page