top of page
Wartawan Nabalu News

Jolyhame, rakan universiti Ewon, kekal jawatan Ketua Pemuda UPKO Kota Belud


Ewon (tiga dari kiri), Felix (tengah), Jolyhame (tiga kanan), Arron (dua kiri) dan Rizoh (dua kanan) bergambar bersama para perwakilan Pemuda UPKO Kota Belud selepas mesyuarat itu.

5 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Rakan universiti Datuk Ewon Benedick, Jolyhame Saran mengekalkan jawatan sebagai ketua pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud bagi sesi 2022/ 2024.


Jolyhame mula menerajui kepimpian Pemuda UPKO Kota Belud sejak 2018 terus mendapat sokongan penuh daripada semua perwakilan Pemuda untuk terus mengetuai pergerakan itu.


Beliau berkata, Pemuda sentiasa bersedia memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan membentuk generasi yang ilmiah dalam membawa perjuangan parti agar lebih mudah mendekati masyarakat akar umbi.


Jolyhame (tiga dari kiri) ketika berucap pada mesyuarat itu.

“Pertemuan kali ini bukan sekadar memenuhi arahan pemimpin tertinggi parti tetapi ia adalah satu pertemuan penting dalam membentuk dan memantapkan satu pergerakan yang lebih progresif dalam UPKO Bahagian Kota Belud.


“Saya berharap Pemuda dapat bekerjasama dengan sayap Wanita dan Generasi Muda UPKO Kota Belud untuk memantapkan lagi perjuangan parti dan menarik lebih ramai menyerati parti ini,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Nabalu News selepas mesyuarat agaung tritahunan Pemuda UPKO Kota Belud di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.



Jolyhame berkata, Pemuda turut menyokong penuh usaha pimpinan tertinggi parti memberikan peluang kepada calon muda untuk bertanding pada pilihan raya.


“Saya berharap lebih ramai pemimpin dari kalangan Pemuda diberikan peluang bertanding pada pilihan raya akan datang.


“Bagi Kadamaian, kita bersyukur kerana adanya seorang pemimpin muda yang sangat berkaliber seperti Datuk Ewon.


“Sudah terbukti apabila beliau berjaya memperolehi KPI tertingi ketika menyandang jawatan sebagai menteri dan saya yakin beliau mampu membawa UPKO terbang tinggi dengan sokongan dari pemimpin peringkat tertinggi parti,” katanya.



Jolyhame turut menyeru para pemimpin Pemuda Kota Belud amnya Kadamaian supaya terus berjuang dalam UPKO dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Ewon sebagai Adun Kadamaian yang berjuang berlandaskan aspirasi rakyat dan memberi keutamaan kepada isu-isu utama rakyat Sabah yang lebih baik.


Dalam mesyuarat itu Arron Guramon dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda UPKO Kota Belud, Naib 1 Dr.Rizoh Basarong, Joel Deukin (Setiausaha) dan Stenly Musa (Bendahari).


Turut hadir Adun Kadamaian merangkap Naib Presiden UPKO dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Datuk Ewon Benedick dan Ketua Pergerakan Pemuda Pusat Felix Joseph Saang.



Comments


bottom of page