top of page
nabalunews

JPJ periksa lebih 800,000 kenderaan dalam Op Khas Motosikal di seluruh negara sejak November


 



14 Disember 2024

 

KUCHING: Sejak bermulanya Op Khas Motosikal pada 1 November lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menjalankan pemeriksaan terhadap 828,358 kenderaan di seluruh negara, dengan fokus terhadap pematuhan undang-undang oleh pengguna jalan raya. 

 

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ Malaysia, Muhammad Kifli Ma Hassan, memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, 400,352 pemeriksaan melibatkan pembonceng motosikal. 

 

“Sebanyak 55,857 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan, manakala 2,665 motosikal telah disita sepanjang operasi ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Ops Khas Motosikal JPJ Sarawak di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, di sini. 

 

Selain itu, operasi yang turut melibatkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya menahan 65 pemandu yang didapati positif dadah. 

 

“Pihak JPJ memandang serius perkara ini kerana apabila pemandu berada di bawah pengaruh dadah, peratusan kemungkinan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya amat tinggi,” tambah beliau. 

 

Op Khas Motosikal ini dijadualkan berlangsung sehingga 31 Disember, dengan sasaran meningkatkan keselamatan jalan raya khususnya bagi pengguna motosikal.

Comentários


bottom of page