JPJ Sabah Buka Bidaan Nombor Pendaftaran Siri SJK Mulai 1 Mac
nabalunews

28 Februari 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan siri SJK menerusi platform dalam talian, JPJ eBid, bermula esok (1 Mac).
JPJ Sabah dalam kenyataan di laman Facebook rasminya berkata bidaan akan ditutup pada 5 Mac, manakala keputusan akan diumumkan pada 6 Mac.
Katanya, orang ramai yang berminat boleh mengemukakan bidaan mereka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan, JPJ eBid.
“Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi JPJ Sabah di talian +6088-511847 atau +6088-511851 pada waktu operasi, iaitu dari jam 8 pagi hingga 4 petang,” katanya.