top of page

JUARA DUNIA 100M TIDAK DAPAT BERAKSI DI OLIMPIK TOKYO, DIGANTUNG DUA TAHUN

nabalunews

28 OKTOBER 2020


ANKARA: Juara dunia acara larian 100 meter lelaki, Christian Coleman, pada Selasa dilarang menyertai sebarang kejohanan selama dua tahun kerana melanggar peraturan anti-doping, lapor Agensi Anadolu.

"Tribunal Disiplin menyokong tuduhan AIU dan mengenakan tindakan ke atas pelari pecut Christian Coleman dari Amerika Syarikat kerana melanggar peraturan anti-doping," tulis Unit Integriti Atlet (AIU) di Twitter.

AIU berkata Coleman dilarang menyertai apa jua pertandingan sehingga 13 Mei 2022.

Berikutan itu, pelari berusia 24 tahun tidak dapat menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Namun, beliau boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Coleman merangkul emas dalam acara 100m dan 4x100m di Doha tahun lalu. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page