top of page

Kaamatan Keuskupan Agung Kota Kinabalu 2023, disambut sederhana tapi meriah

Wartawan Nabalu News

5 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ribuan umat Katolik menghadiri Misa Kudus sempena Pesta Kaamatan seterusnya memeriahkan Kaamatan Keuskupan Agung Kota Kinabalu Ke-19 di Dewan Gereja Holy Nativity Terawi, di sini, kelmarin.


Perayaan Pesta Kaamatan itu yang diadakan selama dua hari bermula 3 Mei, dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk sukan tradisi, persembahan kebudayaan dan jualan makanan tradisi, kraftangan dan hasil-hasil pertanian.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang, Pengerusi Penganjur Msgr Nicholas Stephen, Rector Paroki Terawi Rev Fr.Micheal Modoit dan para pemimpin gereja.


Ketika berucap merasmikan majlis itu Uskup Agung Datuk John Wong berkata, rakyat negeri ini harus bersyukur dan berbangga kerana hidup dalam suasana aman damai dan dapat menyambut pelbagai sambutan kebudayaan dengan aman.

“Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat meraikan Sambutan Kaamatan Peringkat Keuskupan Kota Kinabalu sercara bersemuka tahun ini,” katanya.


Tuan Rumah penganjuran Pesta Kaamatan Keuskupan Agung kota Kinabalu pada 2025 ialah Gereja St.Micheal Penampang.


Sebelum ini Ewon menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Holy Nativity Parish Terawi Penampang bagi menjayakan sambutan pesta Kaamatan gabungan 23 paroki diosis Kota Kinabalu itu.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page