“Kaamatan Untuk Semua” tema sambutan Pesta Kaamatan 2025
- nabalunews
- Apr 4
- 1 min read

4 April 2025
KOTA KINABALU: “Kaamatan Untuk Semua” dipilih sebagai tema rasmi bagi sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun 2025.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah.
Dr. Jeffrey berkata, tema ini wajib digunakan dalam semua bentuk penerbitan termasuk media massa, media bercetak dan media sosial sepanjang tempoh sambutan Pesta Kaamatan 2025.

“Semua pihak diingatkan untuk menggunakan tema rasmi, “Kaamatan Untuk Semua” yang turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “Kaamatan For All” dan dalam bahasa Kadazandusun sebagai “Kaamatan Montok Toinsanan,” katanya.
Terdahulu, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2025 untuk membiayai program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan Mei di peringkat negeri dan daerah di seluruh Sabah.
Kommentare