top of page
nabalunews

Kadar baharu kadar letak kereta kawasan parkir MPS

15 Oktober 2024


SANDAKAN: Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kini menguatkuasakan kadar serta waktu operasi baharu bagi caj letak kereta berkupon di bawah seliaan majlis.


Di bawah pelaksanaan baharu itu, kadar bagi petak kuning, caj adalah RM0.45 setiap jam manakala bagi petak hijau, RM1.50 bagi setiap setengah jam dengan masa operasi Isnin-Jumaat (8.00 pagi-5.00 petang), Sabtu (8.00 pagi-1.00 petang) dan Ahad serta cuti umum adalah percuma.


Menerusi satu kenyataan hari ini, MPS menyatakan, buat masa ini ia hanya melibatkan fasa 1 untuk petak letak kereta di kawasan pusat Bandar Sandakan sahaja dan telah berkuatkuasa sejak 1 Oktober lalu.


Tambah kenyataan itu lagi, kupon berkenaan juga sudah mula dijual sejak 18 September di kaunter-kaunter MPS; Kaunter Bayaran Setempat, Tingkat Bawah, Wisma Warisan, MPS, Kaunter Bayaran Pasar Umum, Bandar Sandakan, Kaunter Bayaran Pasar Kim Fung, Pondok Bayaran Letak Kereta hadapan Masjid Bandar dan Pondok Bayaran Letak Kereta hadapan Pejabat Pos Sandakan.


Manakala bagi penggantian kupon lama yang masih sah tempoh boleh diganti kepada kupon baharu sehingga tarikh lanjutan iaitu pada hujung bulan ini, 31 Oktober.


Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Awam dan Letak Kereta MPS di talian 089-272149 dengan sambungan 712 atau 713.


Sementara itu, bermula 1 November, MPS juga akan melaksanakan kompaun kesalahan letak kereta dibawah Undang-Undang Kecil Seragam (peruntukan tempat letak kereta) 2023.

Comments


bottom of page