Kanak-kanak 4 tahun hilang dikhuatiri hanyut di sungai
top of page
  • nabalunews

Kanak-kanak 4 tahun hilang dikhuatiri hanyut di sungai


20 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Putri Jimar, 4 tahun, hilang, dikhuatiri dihanyutkan arus deras sungai di Kampung Ranggu, Batu 8 Jalan Apas, petang hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa dipercayai hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.


Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian malang itu pada jam 6.06 petang menerusi MERS999.


"Sepasukan enam anggota bersama dua jentera segera dikerah ke lokasi dan tiba pada jam 7.24 petang bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,"katanya.


Katanya, pasukannya menjalankan SAR dengan kaedah pencarian di permukaan bersama agensi lain dan orang awam pada radius dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


"Setakat ini, mangsa belum ditemui dan operasi ditangguhkan pada jam 8.11 malam dan SAR akan bersambung esok pagi," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page