top of page

Kanak-kanak cedera kaki tertusuk besi

nabalunews



15 Januari 2025


KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas kaki kanannya tertusuk besi rim basikal dalam kejadian di Kampung Siasai Tamu, petang semalam.


Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, yang diketuai oleh PBK II Mohd Farhad bin Abdullah, menerima panggilan kecemasan pada jam 5:23 petang dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.


Pasukan bomba bertindak pantas melepaskan besi rim tersebut sebelum mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut, termasuk pemeriksaan sinar-X.


Pasukan bomba turut bersiap sedia untuk memberikan bantuan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak hospital.


Operasi melibatkan lapan anggota dengan sokongan jentera FRT dan EMRS, dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 6:30 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page