top of page
nabalunews

Kanak-kanak tertusuk besi di tangan kanan

18 September 2024


NABAWAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan selepas tangan kanannya tertusuk besi akibat terjatuh, sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nabawan, di sini, petang tadi.


Besi panjang yang menusuk tangan kanak-kanak itu bagaimanapun menyukarkan pihak klinik untuk mencabutnya.


Sehubungan itu Klinik Kesihatan Nabawan terpaksa menghubungi bomba untuk memotong besi berkenaan bagi memudahkan proses penbedahan mencabut besi terbabit.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.44 petang.


Sepasukan 6 pegawai dan anggota dari BBP Nabawan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 1 kilometer dari balai.


Katanya, pasukan bomba bertindak memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas ‘grinder’.


"BBP Nabawan terima panggilan kecemasan terdapat seorang budak tertusuk besi di bahagian pergelangan tangan kanan. Pasukan Bomba bertindak memotong besi tersebut dengan menggunakan peralatan khas (grinder).

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Hospital untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi bomba ditamatkan jam 5.04 petang tadi, katanya.

Комментарии


bottom of page