top of page
  • nabalunews

Karnival Sukan Tradisional dan Pesta Makanan Tradisional Malaysia SK Lasau Podi, Kota Belud pupuk jati diri semangat cintakan negara

12 September 2024


KOTA BELUD: Pelbagai program dianjurkan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena sambutan sempena Bulan Kebangsaan 2024.


Bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Lasau Podi, Kota Belud pada 10 September lalu, Karnival Sukan Tradisional dan Pesta Makanan Tradisional Malaysia telah diadakan dan dirasmikan oleh Ketua Anak Negeri Kota Belud, Selip Magaling.


Program ini dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta (PIBKS) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SK. Lasau Podi dengan beberapa objektif utama yang ingin dicapai.


Antaranya meningkatkan kesedaran budaya menerusi program pengisian permainan tradisional dan makanan tempatan dalam kalangan generasi muda, agar warisan budaya negara terus dipelihara.


Ini membolehkan pelajar mengenali dan menghayati keunikan budaya Malaysia, khususnya negeri Sabah, sekaligus meningkatkan rasa cinta terhadap tanah air.


Pelbagai program di karnival ini juga memberi peluang kepada pelajar, ibu bapa dan guru untuk bekerjasama dalam menyediakan dan melaksanakan aktiviti, seterusnya memperkukuh semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam komuniti.


Melalui pertandingan dan permainan, pelajar diajar nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, keadilan, dan disiplin. Ini juga memberi peluang kepada mereka untuk belajar bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.


Karnival ini menggalakkan pelajar untuk aktif melalui permainan tradisional yang memerlukan pergerakan fizikal, sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat.


Program ini turut mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni antara pelajar, guru, ibu bapa, dan komuniti melalui penglibatan bersama dalam aktiviti yang


Program ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghargai dan berasa bangga dengan kepelbagaian budaya yang menjadi ramuan identiti Bangsa Malaysia dengan mempamerkan pelbagai jenis permainan dan makanan dari pelbagai suku kaum.


Aktiviti program dan pertandingan yang diadakan termasuk pertandingan Pondok PIBG/PIBKS/KSIB, pertandingan makanan Malaysia dengan tema makanan tradisional dan pertandingan peragaan pakaian bertemakan kemerdekaan.



Comments


bottom of page