top of page
Wartawan Nabalu News

KASIH bantu 80 keluarga terjejas banjir di Penampang

Connie bersama Ewon menyampaikan sumbangan KASIH di Kg.Nambazan.

7 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan (KASIH) menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 untuk mangsa banjir di kawasan Penampang.


Sumbangan berupa keperluan tilam, bantal dan selimut disampaikan kepada 80 keluarga iaitu 30 penerima di Kampung Nambazan dan 50 keluarga di Kg.Pagansakan.


Ketua Biro Kemasyarakatan KASIH Datin Connie Parantis bersama suaminya Datuk Ewon Benedick, Ahli Parlimen Penampang menyampaikan sumbangan itu kepada para penerima, hari ini.


“Isteri saya, cikgu Connie menyampaikan sumbangan ini bagi pihak KASIH. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu.


“Bagi pihak keluarga penerima, saya ucapkan terima kasih kepada KASIH,” kata Ewon.

Connie dan Ewon bergambar bersama para penerima sumbangan di Kg.Pagansakan.

Коментари


bottom of page