top of page
nabalunews

KDN gesa Maritim Malaysia perkukuh jaringan antarabangsa, fokus teknologi perairan




12 Disember 2024

 

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menekankan kepentingan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi terkini untuk memperkukuh keselamatan perairan negara. 

 

Beliau berkata langkah ini penting memandangkan cabaran keselamatan perairan semakin kompleks akibat kemajuan teknologi global. 

 

"Maritim Malaysia terus menjalin hubungan kerja dengan agensi-agensi dari luar negara. Antaranya, Turkiye, Amerika Syarikat, dan negara-negara ASEAN. Saya mahu ia diberikan peningkatan khusus kerana itu akan memberikan potensi yang lebih besar," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini. 

 

Saifuddin turut memaklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini untuk meningkatkan keselamatan di lebih 200 laluan tikus di seluruh negara. 

 

"Kita akan menjemput syarikat untuk melakukan pembentangan ‘Proof of Concepts’ (POC). Teknologi apa mereka ada, kepakaran apa mereka ada, data jenis apa mereka boleh kumpulkan, dan kita akan buka kepada lebih daripada satu pihak. Ini termasuk kepakaran asing dan tempatan," jelas beliau. 

 

Beliau yakin pendekatan ini dapat membantu mengawal sempadan negara dengan lebih berkesan melalui inovasi dan teknologi terkini.

Opmerkingen


bottom of page