top of page
  • nabalunews

Kebajikan golongan yang memerlukan di Penampang, sentiasa dapat perhatian Pusat Khidmat Parlimen Penampang

4 Oktober 2024


PENAMPANG: Sumbangan Sentuhan Kasih daripada Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick disampaikan kepada warga tua, ibu tunggal dan mereka yang terlantar sakit di Kampung Nosoob Baru dan Kampung Nosoob Proper.


Bagi menyampaikan sumbangan itu, Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat P.174 Parlimen Penampang, Bryan Matasing, bersama kakitangannya, Charles Liew, telah mengadakan lawatan bersama rombongan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan yang diketuai oleh Lu Yen Tung dan diiringi oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nosoob Baru, semalam.


Turut serta dalam rombongan ini ialah JKKK Kampung Nosoob Proper.


Selain untuk menyampaikan sumbangan 'Sentuhan Kasih' daripada Ewon kepada golongan warga emas, ibu tunggal, dan pesakit di Kampung Nosoob Baru, Bryan dan rombongan turut meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan penerima sumbangan.


Selain itu, pada hari yang sama, satu lagi lawatan telah dilakukan oleh Bryan Matasing bersama rombongan yang sama ke Kampung Nosoob Proper, di mana mereka turut menyampaikan sumbangan kasih kepada warga tua, ibu tunggal, dan pesakit di kawasan tersebut.


Kehadiran bersama JKKK Kg. Nosoob Baru memperlihatkan kerjasama yang erat antara komuniti-komuniti berdekatan dalam usaha menyantuni golongan memerlukan.


Sumbangan ini adalah antara inisiatif daripada Ewon yang bertujuan untuk meringankan beban dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan, di kawasan Penampang.

Comments


bottom of page