top of page

Kebakaran Kampung Limbanak, dua maut

nabalunews

1 Marc 2025


PENAMPANG: Dua individu dilaporkan maut dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Limbanak, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam kira-kira jam 3 pagi itu, seorang mangsa dilaporkan terkena renjatan elektrik manakala seorang lagi rentung selepas dipercayai terperangkap.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.26 pagi.

Katanya, sepasukan 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Penampang dan BBP Putatan terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dengan keluasan 185 meter persegi yang terbakar 100 peratus.


“Terdapat dua mangsa meninggal dunia yang disahkan oleh petugas Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Zeno berkata, seorang dipercayai terkena renjatan elektrik manakala seorang lagi ditemui rentung di dalam rumah.


Katanya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter dengan dua pancutam dari sumber air terbuka anak sungai.


“Api berjaya dikawal pada jam 4.31 pagi dan setakat ini kerja-kerja pemadaman masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.


“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan etakat ini, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page