top of page
Wartawan Nabalu News

KEBENARAN DINE-IN DI SEMUA RESTORAN TERMASUK RESTORAN DALAM HOTEL DI SABAH



Gambar hiasan

10 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan dine-in di semua restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel pada 29 Jun lalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, selaras dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah pada hari ini, kebenaran untuk dine-in tersebut masih lagi berkuatkuasa.


“Selain daripada SOP-SOP yang wajib dipatuhi di semua premis restoran, hidangan buffet (layan diri) adalah tidak dibenarkan.


“Ini bagi mengawal pergerakan tidak perlu oleh pelanggan-pelanggan semasa berada dalam restoran.


“Hidangan yang dipesan hendaklah dihantar dan dihidang oleh kakitangan restoran di meja pelanggan,” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.


Masidi berkata, peraturan ini diguna pakai di semua restoran termasuk restoran dalam hotel.

Comentários


bottom of page