top of page

Keboleh pasaran TVET negara kini 99 peratus

nabalunews

22 Mac 2025


SANDAKAN: Kebolehpasaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara kini berada pada tahap 99 peratus.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam masa yang sama, kerajaan juga terus berusaha untuk memperkasa TVET:


Katanya, ketika ini, TVET bukan lagi bidang atau pilihan kedua untuk pelajar di negara ini.


"Kita juga komited dalam memastikan gaji setara dapat diperoleh anak-anak yang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET sesuai dengan kemahiran yang mereka miliki," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kolej Vokasional Sandakan 2 (KSV2) di Hab Pendidikan Sandakan pada Sabtu.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Mokran Ingkat, Pengarah KVS2, Christine Stanislaus Kinsik dan warga pendidik serta pelajar KVS2.


Pada majlis sama, Fadhlina turut menyaksikan majlis penyerahan memorandum persefahaman antara KVS2 dan Bornean Sun Bear Conservation Centre Sandakan (BSBCC).


Fadhlina berkata, pada masa akan datang dibawah Rancangan Malaysia seterusnya, pembinaan Kolej Vokasional di Sabah akan menjadi keutamaan.


Katanya, ia selaras menjadikan Sabah antara pakar tempatan atau domestik dalam bidang TVET.


Dalam perkembangan banjir di beberapa daerah di Sabah yang turut melibatkan sekolah turut terjejas, Fadhlina berkata, pihak kementeriannya akan mengambil perhatian sewajarnya bagi memastikan pembelajaran dan sesi persekolahan berjalan lancar.


Katanya, ini termasuk menyalurkan peruntukkan untuk memperbaiki kerosakan susulan banjir yang berlaku dan begitu juga kawasan lain yang sebelum ini terjejas.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page