top of page

Kedai Runcit Kampung Kaung Ulu Rosak Teruk Dihempap Pokok : ADUN Kadamaian Hulur Bantuan

nabalunews

6 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalau News


KOTA BELUD: Sebuah kedai runcit di Kampung Kaung Ulu Kadamaian yang mengalami kerosakan selepas dihempap pokok, 18 Januari lalu, mendapat perhatian umum.


Tampil menghulurkan bantuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang disampaikan Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil.


Sumbangan disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kaung Ulu, Geofrey Magaran yang mewakili pemilik kedai runcit, Emma Sipin.


Menurut Geofrey, kejadian berlaku ketika hujan turun tanpa henti dan angin bertiup kencang sehingga menyebabkan pokok tumbang dan menghempap kedai berkenaan.


Katanya, kejadian mengakibatkan lebih daripada 50 peratus struktur kedai rosak sehingga menjejaskan perniagaan yang dijalankan.


"Kerosakan ini amat memberi kesan kepada pemilik kedai runcit kerana ia merupakan sumber pendapatan utama bagi keluarganya.


“Kami bersyukur atas keprihatinan pihak ADUN dan UPPM Kadamaian yang segera menghulurkan bantuan," katanya.


Sementara itu, Clarence berkata, kejadian ini perlu menjadi peringatan tentang kepentingan kesiapsiagaan menghadapi cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.


Katanya, bencana seperti ini bukan saja menjejaskan harta benda, tetapi juga kehidupan penduduk yang bergantung kepada perniagaan kecil sebagai sumber pendapatan mereka.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page