Wartawan Nabalu News
Kejayaan Wisdom Foundation suarakan isu bayaran royalti artis tempatan Sabah
17 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Usaha Wisdom Foundation menyuarakan isu bayaran royalti bagi lagu-lagu etnik tempatan yang dituntut oleh Persatuan Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE) akhirnya mendapat perhatian kerajaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengiktiraf MRS sebagai sebuah badan pelesenan untuk menjalankan aktiviti kutipan royalti artis dan pemuzik tempatan di negeri ini berkuatkuasa 7 Januari 2022.
Perkara itu diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa Majlis Apresiasi Kepenggunaan di sini, semalam.
Pengerusi Eksekutif Wisdom Foundation Datuk Wilfred Madius Tangau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menghadiri majlis itu.
Pada 8 Mei 2021, Wisdom Foundation menyuarakan isu mengenai bayaran royalti kepada pemuzik tempatan di Sabah yang dikatakan tidak munasabah dan merugikan pemuzik-pemuzik tempatan di sini.
Comments