top of page

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kaung Kota Belud Kali Ke-49, 2025

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read



16 April 2025


KOTA BELUD: Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung yang ke-49 telah berlangsung pada 15 hingga 16 April 2025, bertempat di Padang Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud. Acara ini dihadiri oleh lebih 300 orang, termasuk guru-guru, murid-murid, anggota Kumpulan Sokongan (AKS), staf sekolah, ibu bapa, serta pemimpin kampung dan penduduk Kampung Lobong-Lobong serta Kampung Kaung.


Kejohanan ini diadakan setiap tahun untuk memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid-murid SK Kaung. Di samping itu, acara ini juga bertujuan untuk memilih atlet terbaik yang akan mewakili sekolah ke peringkat Zon Selatan dan seterusnya. Para peserta berlumba dalam pelbagai acara balapan dan padang, sementara ibu bapa serta sukarelawan turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka.


Acara ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) SK Kaung, Donius Yangkat. Dalam kejohanan ini, Rumah Sukan Wokokon berjaya menjuarai keseluruhan, diikuti oleh Rumah Sukan Poluan di tempat kedua dan Rumah Sukan Lumobui di tempat ketiga. Atlet terbaik bagi kategori lelaki dan wanita dimenangi oleh Anderz Neid Kabby dan Nurdhia Asniera Abdullah.



Dengan kejayaan penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan ini, diharapkan semangat kesukanan akan terus subur dalam kalangan warga SK Kaung, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page