Kelab Belia Kampung Tinata dapat sumbangan mesin rumput, permudahkan penyelenggaraan fasiliti awam
16 Disember 2024
KOTA BELUD : Persiapan menjelang sambutan Krismas di Kampung Tinata, di sini, khususnya pengurusan fasiliti awam,bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang kampung yang menjadi pusat aktiviti sukan dan rekreasi, kini menjadi lebih mudah, lancar dan teratur menerusi sumbangan mesin rumput daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dr Rizoh Bosorang, yang mewakili Ewon kepada Kelab Belia Kampung Tinata yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tinata, Hadlee Panchai yang juga pengerusi Kelab Belia Kampung Tinata.
Acara penyerahan berlangsung semasa program gotong-royong membersihkan padang kampung pada Isnin, 16 Disember.
Gotong-royong ini adalah inisiatif belia Kampung Tinata sebagai persediaan untuk acara sukan sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang.
Hadlee Markham penghargaan kepada Ewon atas sumbangan peralatan
yang amat diperlukan ini.
Menurut beliau, mesin rumput ini akan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan padang kampung, menjadikannya lebih efisien dan teratur.
“Kami amat bersyukur atas keprihatinan Ewon terhadap keperluan belia dan komuniti kami. Mesin rumput ini akan membantu mempermudah tugas membersihkan padang, sekali gus memupuk semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk,” kata Hadlee.
Beliau juga memaklumkan bahawa
padang terbabit adalah lokasi utama bagi pelbagai acara komuniti, termasuk aktiviti sukan dan perhimpunan sosial.
"Dengan sumbangan ini, persediaan menjelang sambutan Krismas di Kampung Tinata kini dapat dilakukan dengan lebih lancar dan teratur.
“Penyediaan kemudahan seperti mesin rumput adalah langkah kecil tetapi penting dalam usaha memperbaiki kualiti hidup komuniti setempat. Kami percaya ini bukan sahaja membantu dari segi fizikal tetapi juga membina kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat,” ujar Rizoh semasa menyampaikan sumbangan.
Bagi penduduk kampung Tinata, komitmen sebegini memperlihatkan komitmen berterusan pemimpin untuk mendengar dan memenuhi keperluan rakyat.
Commentaires