top of page

Kelab Kebajikan Kadamaian bantu murid sekolah khas

Wartawan Nabalu News

18 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KADAMAIAN: Kelab Kebajikan Kadamaian menyampaikan sumbangan kerusi roda boleh laras kepada Ryan Ray Delton, murid berkeperluan khas SK Dalas Kota Belud.


Penyerahan itu disampaikan oleh wakil kelab, Solumin Solinu bersama Cikgu Geofrey Magaran di Kampung Kaung Ulu.

Solumin berharap sumbangan itu akan memudahkan adik Ryan semasa pembelajaran di sekolah dan meringankan beban keluarga.


Kelab Kebajikan Kadamaian merupakan idea dan usaha ADUN Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga sebagai penaung kelab tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page