top of page

Kelas Jahitan Kampung Melangkap Tiong Terima Sumbangan Peralatan Bantuan Mengajar Daripada Ewon

nabalunews

6 Mac 2025


KOTA BELUD: Kelas Kemahiran Jahitan di Kampung Melangkap Tiong menerima sumbangan peralatan bantuan mengajar jahitan, hasil keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Anichlose Kesimin, kepada Pengerusi Kelas Kemahiran Jahitan, Konsulim Sidang.


Konsulim menyatakan bahawa permohonan alat bantu mengajar ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran di kalangan peserta.


"Kami sangat bersyukur atas sumbangan ini kerana ramai yang mengikuti kelas jahitan, terutama golongan wanita yang ingin menambah kemahiran mereka. Dengan adanya peralatan tambahan, pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan membantu mereka menjadikan kemahiran ini sebagai sumber pendapatan sampingan," katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ewon atas keprihatinannya terhadap keperluan rakyat di Kadamaian. Sumbangan ini bukan sahaja memperkasakan masyarakat setempat tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk menjana pendapatan sendiri.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page