top of page

KELONGGARAN PEMBUKAAN SEKTOR SUKAN DAN REKREASI

Wartawan Nabalu News


18 DIS 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju secara dasar untuk membenarkan pembukaan

sektor sukan dan rekreasi termasuk sukan air secara berfasa.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu kerajaan bersetuju membenarkan pembukaan sektor sukan dan rekreasi berkuatkuasa Januari 2021.


Beliau berkata, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti sukan dan rekreasi kategori individu dan berpasukan bagi tujuan aktiviti latihan, permainan dan perlawanan (indoor dan outdoor) tanpa penonton adalah dibenarkan.


“Kapasiti pengguna bagi setiap premis yang terlibat hendaklah tidak melebihi 50 peratus kapasiti keseluruhan premis tersebut.


“Aktiviti massa serta acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, bagi kawasan PKP Diperketatkan, sebarang aktiviti sukan dan rekreasi adalah tidak dibenarkan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page