top of page

Keluarga cedera parah, seorang bayi maut dalam kemalangan di Kinabatangan

nabalunews

14 Ogos 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KINABATANGAN: Seorang bayi lelaki meninggal dunia sementara ibu bapanya mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Jalan Kampung Paris 2, Kinabatangan, lewat malam semalam.


Kejadian yang berlaku sekitar pukul 12.38 tengah malam itu juga menyebabkan empat individu lain yang dipercayai ahli keluarga turut cedera parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba Azlan Shah Jamalludin, memaklumkan bahawa kemalangan tersebut melibatkan sebuah Toyota Hilux yang bertembung dengan sebuah Proton X50.


"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera FRT segera dikerahkan ke lokasi kejadian, yang terletak sejauh 53 kilometer," katanya.


Menurut Azlan, kesemua enam mangsa yang tersepit di dalam Proton X50 berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Malangnya, seorang bayi yang berada di dalam Proton X50 telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Mayat bayi tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi penyelamatan ditamatkan pada pukul 4.15 pagi.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page