Kemalangan bas di Ranau, 13 cedera
15 Disember 2024
RANAU: 13 cedera selepas sebuah bas membawa 24 pelancong, hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 12, Jalan Ranau-Telupid, di sini, pada Sabtu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.55 petang berhubung kejadian yang membabitkan bas pelancong membawa 24 penumpang yang terbabas sendiri berhampiran simpang Ladang Teh Luanti, di sini.
“Sepuluh mangsa dibawa ke Hospital Ranau menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, manakala baki tiga lagi dibawa ke Klinik Kesihatan Lohan.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan polis trafik turut dikerah ke lokasi untuk membantu mengawal lalu lintas,” katanya.
Comentários