top of page

Kemalangan Kereta. Satu parah enam cedera

nabalunews


16 Mac 2025


TUARAN: Seorang parah manakala enam lagi termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan Toyota Avanza dan Nissan Navara di Kampung Kapa, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang parah dilaporkan tersepit di dalam kenderaan Toyota Avanza.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.02 pagi.



Katanya, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang mangsa tersepit di dalam kereta dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.


“Manakala enam lagi mangsa termasuk pemandu pacuan empat roda Nissan Navara yang turut mengalami kecederaan terus diberikan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba untuk diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.


Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.50 pagi.


“Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page