Kemuka Tuntutan Palsu, SPRM Tahan Pesara
nabalunews

10 Mac 2025
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pesara disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bernilai kira-kira RM60,000.
Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan kira-kira jam 9.45 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Keningau.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.
“Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen tuntutan elaun penugasan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas nama anak dan isterinya sedangkan mereka tidak pernah hadir bertugas," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Mac depan,” katanya.
Comments