Kenaikan tarif elektrik Julai ini tidak jejaskan 85 peratus rakyat – PM Anwar
4 Februari 2025
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan kadar tarif elektrik yang bakal berkuat kuasa pada Julai ini hanya akan melibatkan sektor industri dan tidak memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Menurut beliau, semakan tarif akan dibuat berdasarkan kaedah Pelepasan Kos-Kos Tidak Berimbang (ICPT), selari dengan pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Saya nak jelaskan sini, ini kenyataannya. Apa yang disebut oleh TNB secara umum, saya tegaskan semula bahawa kenaikan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mengikut kaedah ICPT mulai Julai.
“85 peratus rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat, hari ini, lapor Berita RTM.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun ini tidak akan membebankan pemain industri.
Comments