top of page

Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2024 diharap bantu atasi krisis Myanmar

nabalunews

1 November 2024


KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam merangka penyelesaian krisis Myanmar apabila memegang kepengerusian ASEAN pada tahun depan, berdasarkan pengalaman luas negara dalam berurusan dengan pelbagai pihak di negara itu.


Menurut Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Sufian Jusoh, Malaysia memiliki pemahaman mendalam tentang kerumitan situasi di Myanmar.


“Sekarang adalah masa bagi Malaysia untuk fokus ke Myanmar kerana kita memainkan peranan penting dalam peralihan dari kerajaan tentera kepada kerajaan NLD melalui proses pilihan raya. Pengalaman kita dalam berurusan dengan pelbagai pihak memberi kita pemahaman mengenai kerumitan isu tersebut,” kata Dr. Sufian dalam program ‘On The Table’ di Angkasapuri, lapor Berita RTM.


Beliau turut menekankan potensi Malaysia untuk membina konsensus di peringkat ASEAN dalam usaha membawa Myanmar ke arah demokratization dan pilihan raya yang sah bagi memastikan legitimasi kerajaan yang seterusnya.


Walau bagaimanapun, Dr. Sufian mengingatkan bahawa krisis di Myanmar adalah isu yang kompleks, memerlukan pendekatan berhati-hati dan masa untuk mencapai penyelesaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page