KePKAS sasar tarik 500 pemohon program MM2H tahun ini
![Christina (tengah) bergambar bersama dari kiri Norita, Josie, Mohammad dan Garry pada Hari Terbuka MM2H Sabah.](https://static.wixstatic.com/media/d65831_b1ccac15073f4eb5a7d0c95c76a8948f~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/d65831_b1ccac15073f4eb5a7d0c95c76a8948f~mv2.jpg)
15 Februari 2025
KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menetapkan sasaran untuk menarik sekurang-kurangnya 500 pemohon program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) pada tahun ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, program ini sudah pasti mampu menarik lebih ramai pemohon.
Katanya, ia juga akan membawa manfaat kepada negeri selaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang Sabah.
"Kementerian saya juga bercadang untuk menerima kriteria program pada Jun 2025 bagi memastikan ia kekal relevan dan berdaya saing
“Program Sabah MM2H ini jauh lebih baik daripada program visa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Hari Terbuka MM2H Sabah di Magellan Wings Sutera Harbour Resort, kelmarin.
Majlis turut dihadiri Penolong Setiausaha Kanan KePKAS Unit MM2H Sabah, Norita Tani, Setiausaha Tetap KePKAS Datuk Josie Lai, Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Sabah Mohammad Zaid Yusof dan Timbalan Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Negeri, Gary Belayong.
Christina berkata, seperti mana-mana inisiatif baharu, pihaknya menjangkakan beberapa halangan dan cabaran sepanjang pelaksanaan program ini.
“Bagaimanapun, kementerian saya akan melakukan yang terbaik untuk memberi bimbingan dan memastikan proses yang lancar untuk semua pemohon dan pihak berkepentingan.
“Ia adalah satu platform untuk memperkenalkan dunia kepada daya tarikan Sabah yang tiada tandingan, warisan budaya bertenaga, landskap yang menakjubkan, dan komuniti yang mesra,” katanya
Menurutnya, program ini juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negeri.
Katanya, ia bukan saja menarik pelaburan di Sabah, tetapi juga menyumbang secara bermakna kepada masyarakat kita,” katanya.
留言