top of page

Kerajaan Cadang Aplikasi Kaedah Pertanian Sekinchan Di Beberapa Negeri - Anwar Ibrahim

nabalunews


4 Februari 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mengaplikasikan kaedah pertanian dilaksanakan di Sekinchan, Selangor yang terbukti telah meningkatkan produktiviti pengeluaran padi, di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu berikutan produktiviti pengeluaran padi di empat negeri tersebut yang sangat rendah berbanding di Sekinchan.


"Isunya produktiviti, kerana perbezaan terlalu besar di antara apa yang dilakukan di Selangor dan Kedah dan kita harus tingkatkan (pengeluaran padi).


"Jadi apa yang dilakukan ialah mengemukakan beberapa pelaksanaan yang dibuat di Sekinchan untuk diaplikasi termasuk benih padi baja dan pengurusan yang mungkin menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan dron seperti yang dilakukan Sime Darby untuk industri kelapa sawit," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau meniawab soalan tambahan Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani), yang ingin tahu bagaimana penggunaan teknologi Al dan inisiatif seperti SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan benih padi berdaya tinggi dapat meningkatkan produktiviti padi.


Menerusi SMART SBB, penanaman padi dilaksanakan secara lebih sistematik antaranya menggunakan Internet benda (loT) dan penggunaan jentanam yang boleh meningkatkan hasil padi daripada 3.75 metrik tan kepada enam ke tujuh metrik tan sehektar.


Terdahulu Anwar berkata kerajaan telah meluluskan RM1 bilion untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), bagi program peningkatan produktiviti pengeluaran padi yang akan dilancarkan akhir bulan ini.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Kedah, kerana memberi kerjasama dalam soal pengurusan tanah yang sesudi dalam usaha peningkatan produktiviti padi.


Berhubung is penyelewengan padi di Kedah yang dilaporkan baru-baru ini, Perdana Menteri berkata pihakya menyerahkan kepada badan penguatkuasaan untuk menyiasat perkara tersebut dan tindakan akan diambil sekiranya ada bukti serta maklumat.


Sebelum ini Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan wujudnya kartel yang menukar bungkusan beras tempatan kepada beras import, menyebabkan ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran.- BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page