Kerajaan guna penjimatan subsidi gula untuk pembangunan infrastruktur kesihatan
4 November 2024
KUALA LUMPUR: Penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan subsidi pengeluaran gula akan dimanfaatkan untuk pembangunan infrastruktur kesihatan, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah baik kemudahan kesihatan awam di seluruh negara.
“Dengan kos rawatan yang mencecah RM33 bilion pada tahun 2021, ia adalah jumlah yang besar, dan kita mampu untuk membeli ambulans, membina lebih banyak klinik kesihatan serta hospital,” kata Lukanisman ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut berharap kempen “War On Sugar” akan mendapat sokongan masyarakat dan meminta idea-idea untuk memperkukuhkan promosi kempen ini bagi mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat.
Komentar