KERAJAAN KAJI BILANGAN PELAJAR DI SABAH PERLUKAN PERANTI PdPR
27 Jan 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sedang mengkaji untuk menentukan bilangan pelajar yang memerlukan peranti kepada pelajar kurang berkemampuan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan akan membuat keputusan berhubung bantuan peranti berkenaan selepas kajian dibuat.
Beliau berkata, keberkesanan bantuan peranti ini adalah juga tertakluk kepada kemudahan liputan internet dimana pelajar berkenaan tinggal.
“Sebagai langkah segera, Kerajaan Negeri menasihatkan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah segera melaksanakan pembelajaran seperti yang dilaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dahulu.
“Dimana sekolah-sekolah ditutup, sistem PdPR bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai liputan internet, tidak mempunyai peranti, hendaklah diteruskan dengan nota-nota pembelajaran dicetak dan disampaikan kepada pelajar,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Semalam Ketua Menteri Datuk Hajij Haji Noor menyatakan pertimbangan pemberian peranti kepada pelajar kurang berkemampuan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.
Comments