top of page

Kerajaan Negeri Lulus Skim Insurans Berkelompok Kepada 3.5 Juta Penduduk Sabah

  • nabalunews
  • Apr 9
  • 1 min read



9 April 2025


KOTA KINABALU: Seramai 3.5 juta penduduk Sabah akan menerima manfaat menerusi Skim Insurans Berkelompok yang diluluskan kerajaan negeri.


Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perlindungan insurans kemalangan (Personal Accident) itu adalah percuma kepada setiap penduduk yang layak.


Katanya, perlindungan insurans itu akan dilaksanakan melalui syarikat milik Kerajaan Negeri, Progressive Insurance Bhd.


“Lebih kurang 3.5 juta penduduk Sabah yang berumur antara satu bulan hingga 80 tahun secara automatik akan memperolehi insuran perlindungan diri secara percuma yang bernilai sehingga RM10,000, berserta faedah khairat kematian sebanyak RM500.


“Sebagai permulaan, skim perlindungan percuma ini adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Mei 2025 sehingga 30 April 2028,” katanya.


Beliau berkata, proses tuntutan insurans akan dibuat dengan cekap yang mana sebarang tuntutan bayaran disalurkan kepada penerima dalam masa 14 hingga 30 hari selepas dokumen lengkap dikemukakan.


“Skim perlindungan insurans ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri Sabah menjaga kebajikan rakyat, di samping mengurangkan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page