top of page
  • nabalunews

Kerajaan Pastikan Warisan Etnik Sabah, Sarawak Terus Dipelihara - Anwar

22 September 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memastikan warisan budaya unik masyarakat Kadazan serta semua etnik di Sabah dan Sarawak terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi yang akan datang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen ini ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kadazan Sabah (KSS), yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Marcel Leiking, bersama lapan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan semalam.


“KSS ialah sebuah pertubuhan yang komited dalam memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Kadazan di Sabah.


“Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti Kadazan, di samping bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasakan budaya, bahasa dan tradisi yang menjadi identiti masyarakat ini,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau.


Perdana Menteri juga berharap agar kerjasama erat antara kerajaan dan KSS terus menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional melalui keunikan budaya pelbagai kaum di negara ini.

Comments


bottom of page