top of page
nabalunews

Kerajaan pertimbang kaji semula subsidi telur ayam Gred A, B, C


9 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan kajian semula terhadap pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B, dan C, sekiranya bekalan telur di pasaran kembali stabil.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah ini diambil bagi membolehkan penjimatan tersebut dialihkan ke sektor agromakanan lain yang lebih memerlukan.


“Apabila kita mengambil keputusan yang tidak popular iaitu menamatkan subsidi ayam, ramai yang memperlekehkan usaha kita, kononnya harga ayam akan melambung.


“Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan,” jelasnya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian di sini.


Beliau menegaskan, kini tiba masanya untuk kementerian mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi memastikan sumber negara dapat digunakan lebih berkesan.

Comentarios


bottom of page