top of page

KERAJAAN SABAH BANTU USAHAWAN TEMPATAN MELALUI PLATFORM E-DAGANG GOBIZ

nabalunews

14 DIS 2020


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian menyediakan platform maya, e-Dagang GoBiz sebagai pemangkin kepada kemajuan usahawan tempatan yang menceburi bidang perniagaan di Sabah.

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata pihaknya mengambil langkah untuk membangunkan platform itu bagi mendorong pemasaran produk buatan tempatan dan membantu usahawan Sabah memasarkan produk mereka tanpa sempadan hingga ke peringkat global.

“Melalui platform ini, usahawan tempatan akan dapat menambah jualan mereka serta mengurangkan beban dan kos pembiayaan mereka khususnya ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Saya yakin ramai usahawan baharu, mahupun yang lama, akan menyertai program ini dan mendapat banyak manfaat daripada platform ini,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran platform e-Dagang GoBiz, di sini, hari ini.

GoBiz adalah antara perkhidmatan yang terdapat dalam Aplikasi GoNet yang boleh didapati dalam Apps store dan Google play.

Joachim berkata pihaknya telah menerima lebih 500 permohonan penyertaan dalam GoBiz dan setakat ini, lebih 1,000 produk telah dikenal pasti.


“Sudah pasti kita akan menghadapi cabaran lain seperti risiko kualiti produk yang dijual tidak memuaskan hati, masalah teknikal, cabaran komunikasi antara penjual dan pembeli dan sebagainya.

“Namun, apa jua masalah dan cabaran yang dihadapi, pihak kerajaan dan pemaju GoNet bersedia untuk mencari jalan penyelesaiannya secepat mungkin bagi memastikan kualiti aplikasi ini dijaga,” katanya. - Bernama

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page