Kereta bertembung, seorang maut, dua cedera parah
3 Januari 2025
TUARAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun maut, manakala dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di hadapan Speedmart, Kampung Indai, pada pagi Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi, dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran diketuai PBK II KUP Dendrel Juali tiba di lokasi pada jam 7.50 pagi.
“Kemalangan itu melibatkan pertembungan antara Proton Saga dan Perodua Alza.
“Salah seorang mangsa dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Dua mangsa lain, termasuk seorang lelaki berusia 41 tahun yang cedera ringan, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” kata JBPM Sabah menerusi satu kenyataan.
Comments