top of page

Kereta Terbabas Sebelum Terbakar

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read


16 April 2025


KOTA KINABALU: Dua remaja berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Bulatan berhampiran Politeknik, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 tahun itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.57 pagi.



Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang terbakar 90 peratus dan terdapat dua mangsa terlibat.


“Seorang mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam manakala seorang lagi mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran hose reel daripada sumber air dari jentera dan api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi.


Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.59 pagi.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page