top of page
nabalunews

Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri permudah proses pembayaran Bantuan Am Negeri

16 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Kerjasama diantara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui integrasi dua sistem iaitu, eBantuanJKM dan iSPEKS bertujuan mempermudah serta mempercepatkan proses pembayaran Bantuan Am Negeri kepada 11 negeri.


Langkah ini diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata reformasi ini dilakukan untuk menggantikan sistem baucar manual yang digunakan sebelum ini.


“Dengan adanya sistem ini, proses akan berjalan lebih lancar. Sebelum ini, ada tempat yang lambat menerima bantuan disebabkan masalah sistem, tetapi dengan sistem baharu ini, masalah tersebut dapat diminimumkan,” katanya.


Menurut beliau, inisiatif ini juga bertujuan mengurangkan risiko penyelewengan serta memastikan pemantauan yang lebih sistematik terhadap penyaluran bantuan.


Setakat Ogos 2024, seramai 543,008 individu di seluruh negara menerima bantuan JKM, dengan 90,559 (16.7 peratus) daripadanya adalah penerima Bantuan Am Negeri.

Comments


bottom of page