top of page
nabalunews

Kerjasama pendidikan perkukuh hubungan Malaysia-China



15 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di Malaysia dengan China terus memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

 

Selain sebagai pusat pembelajaran, institusi-institusi ini juga berfungsi sebagai enjin inovasi yang menyumbang kepada kerjasama erat dalam bidang akademik dan penyelidikan.

 

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata peranan institusi pendidikan ini semakin signifikan ketika Malaysia meraikan 50 tahun hubungan diplomatik dengan China tahun ini.

 

"Sempena dengan kita meraikan 50 tahun hubungan diplomatik dengan China, kita telah mengadakan pelbagai kerjasama pendidikan yang mengukuhkan lagi hubungan dua hala," katanya.

 

Tambah beliau, kerjasama ini bukan sahaja memanfaatkan ribuan pelajar tetapi juga merapatkan jurang kebudayaan dan intelektual antara dua negara.

 

"Melalui kepimpinan tersebut, Malaysia dan China bukan sahaja bertukar kepakaran malah membina hubungan akrab antara generasi muda," ujar Datuk Mustapha semasa merasmikan Siri Buku Inisiatif Belt and Road di ibu negara.

 

 

Comments


bottom of page