top of page
nabalunews

Kerjasama TEKUN Nasional dan TikTok Shop bakal perkasa usahawan Sabah - Rowindy




14 Januari 2025


PENAMPANG: Bengkel TikTok Shop Promosi Online dan Perniagaan (POP) anjuran TikTok Shop bersama TEKUN Nasional di Pejabat Cawangan TEKUN Penampang semalam membuka peluang baharu kepada usahawan di Sabah untuk memanfaatkan platform digital dalam memperluaskan pasaran mereka.


Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Rowindy Lawrence berkata, program ini merupakan sesi pertama di negara ini sebagai persediaan kepada pelancaran Studio TikTok Shop x TEKUN di Sabah bulan depan yang akan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI melalui KUSKOP.


“Memetik ucapan Ewon baru-baru ini, beliau berkongsi insiatif-inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara KUSKOP.


Dari kiri : Azre, Aisham, Rowindy (tengah) dan Hemin.

“Ini termasuklah pembangunan keusahawanan dan koperasi, pembinaan premis Tamu Desa, program Ehsan@KUSKOP dan inisiatif-inisiatif baharu TEKUN Nasional termasuk yang akan dilancarkan bulan depan iaitu kolaborasi TEKUN - TikTok Shop Live Studio sebagai satu platform pemasaran kepada para usahawan serta Hab PMKS Sabah.


“Inisiatif seperti ini sangat penting dalam menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan kemahiran mereka. Dengan bimbingan percuma daripada operator Live Hub di studio ini, para usahawan dapat memperluaskan pasaran dan memajukan perniagaan digital mereka,” ujar Rowindy, yang turut hadir memberi sokongan kepada para usahawan semasa bengkel tersebut.


Turut hadir dalam Perjumpaan ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN nasional daripada ibu pejabat Kuala Lumpur Haji Aisyamuddin Zulkefli, Pengurus TEKUN Negeri Sabah Hemin Osumping, Pengarah Kerjasama Strategik Nur Azre Abdul Aziz dan Pengurus Cawangan TEKUN Penampang Saiful Bahari.


Rowindy memberikan kata semangat kepada peserta Sabah.

Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop, Nur Azre Abdul Aziz, pula mendedahkan bahawa daripada 1.3 juta penjual TikTok Shop di Malaysia, hanya 1% berasal dari Sabah.


“Kami ingin meningkatkan angka ini. Ramai pengguna TikTok di Sabah namun tidak memanfaatkan TikTok Shop sebagai platform keusahawanan,” katanya.

コメント


bottom of page