top of page

KES BULI SIBER DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

nabalunews


3 Mac 2021


Saya ingin merujuk kepada beberapa indeks carta antara negara yang mempunyai kes buli siber tertinggi di dunia.


Amat mengejutkan apabila Malaysia tercatat antara 10 negara yang mempunyai kes buli siber tertinggi di dunia.


Malaysia menduduki tangga ke enam daripada 28 buah negara yang mempunyai kes buli siber yang sangat serius di dunia serta tangga kedua di Asia selepas India yang menduduki tangga pertama.


Kebanyakan pengguna media sosial di negara ini kadang kala tidak menyedari dalam keseronokan memberi komen terhadap ciapan seseorang ada kalanya mereka melakukan penghinaan, melakukan provokasi, mengugut, mengamcam serta mengganggu privasi seseorang sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan.


Paling menyedihkan ada diantara mereka dengan sengaja menyerang individu tertentu dengan bangga.


Kes buli siber paling kerap berlaku di Instagram diikuti Facebook, Snapchat, Whatsapp, Twitter dan lain-lain.


Bukan sahaja artis malah pembuli siber ini menyerang sesiapa sahaja berkaitan masalah peribadi, bentuk fizikal tubuh, paras rupa, taraf, kaum, agama dan sebagainya.


Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu segera mencari jalan bagi menyelesaikan dengan agresif berkaitan isu ini walaupun terpaksa menyekat akaun para pembuli siber ini.


Buli siber sangat memberi kesan kepada mangsa terutama dari segi mental yang menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri, sedih, marah, jatuh sakit dan yang paling teruk hingga bunuh diri.


Antara kesukaran untuk sebarang tindakan diambil terhadap pembuli siber ini adalah kerana keengganan mangsa untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa.


Oleh itu saya menyeru andai kita terlihat sebarang komen-komen berunsur buli terhadap individu lain di media sosial, segera melaporkannya kepada pihak berkuasa atas rasa tanggungjawab sebelum perkara yang lebih buruk berlaku kepada mangsa.


Kerajaan juga perlu mencari alternatif bagaimana untuk menyampaikan maklumat berkenaan buli siber kepada umum seperti iklan berbayar, program penerangan dan sebagainya bagi menyedarkan orang ramai apa itu buli siber, kesannya kepada mangsa serta akta yang berkaitan yang boleh dikenakan kepada pembuli siber ini.


Razeef Rakimin

Ketua Penerangan AMK Sabah

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page